Friday, August 19, 2005

Universiti Harvard terbaik di dunia

LONDON: Universiti Harvard, Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai pusat pengajian tinggi terbaik dunia, disusuli Universiti Cambridge yang meningkat satu anak tangga di tempat kedua.

Daripada senarai 10 universiti terbaik dunia, lapan daripadanya dimonopoli AS dan dua dari Britain, lapor stesen Sky News semalam.

Universiti Oxford, antara institusi disegani di Britain dan dunia, bagaimanapun jatuh dua anak tangga ke kedudukan ke-10.

Institusi Jiao Tong, di Shanghai, China, mendahului kategori pendidikan tinggi bagi pelbagai kriteria termasuk kecemerlangan penyelidikan dan akademiknya.

Berikutan kelebihan pusat pengajian tinggi AS menerima lebih banyak dana berbanding lainnya di seluruh dunia, terbukti membantu penguasaan mereka yang berterusan.

Universiti Stanford, bagaimanapun jatuh satu anak tangga di tempat ketiga, yang disusuli Universiti of California at Berkeley (keempat) dan Massachusetts Institute di tempat kelima.

Universiti Britain yang menduduki senarai 100 terbaik di dunia termasuk Imperial College,

University College, Edinburgh, Manchester, Bristol, Sheffield, King's College, Nottingham dan Birmingham.

Faktor lain yang diambil kira termasuk bilangan alumni atau graduan yang memenangi anugerah Nobel, jumlah rencana yang disiarkan jurnal Science and Nature serta penyelidikan yang diketengahkan.

Tahun ini misalnya, pemilihan itu turut menitik beratkan aspek sastera dan kemanusiaan berbanding sebelumnya. – Agensi

FAKTA

Petikan: Berita Harian 19 Ogos 2005


Tuesday, August 16, 2005

"Hepi Bedday Boss Besau"




Ni gambo-gambo, boss besau sambut bedday bersama kroni-kroni. Tak ajak ong onk lain ka?

Friday, August 12, 2005

Jerebu














Hotline:

  • Bahagian Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri - 03-8888 2010.
  • Kementerian Kesihatan: Bilik Gerakan Jerebu Kebangsaan - 03-8883 4175
  • Bilik Gerakan Jerebu Selangor - 03-5518 6087/6088
  • Hospital Tengku Ampuan Rahimah - 03-3372 3333
  • JASline Jabatan Alam Sekitar - 1-800-88-2727, 03-8889 1972
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat - 994, 03-8888 0036
  • Info cuaca Jabatan Kaji Cuaca - 600-82-7752
  • Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan - 03-2697 8320
  • Jabatan Pelajaran Selangor - 03-5518 6500

    Garis Panduan: Tindakan Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negeri hadapi Darurat Jerebu
  • Mengeluarkan perintah penutupan semua pejabat kerajaan dan swasta termasuk kilang, ladang, pembinaan dan kuari. Larangan penutupan ini dikuatkuasakan kecuali bagi:
    ..i) Kedai barangan makanan dan minuman, pasar dan pasar raya.
    ..ii) Klinik, farmasi dan kedai ubat; dan
    ..iii) Perkhidmatan perlu.
  • Menentukan pemberhentian kerja tanah dan pemindahan tanah.
  • Menasihatkan pengurangan penggunaan kenderaan persendirian.
  • Menentukan semua sekolah ditutup.
  • Menentukan penyebaran maklumat indeks pencemaran kepada media dibuat seberapa kerap.
  • Meminta media menasihatkan orang ramai untuk sentiasa berada di dalam rumah serta tindakan yang perlu diambil mereka.
  • Kementerian Penerangan hendaklah memastikan maklumat indeks kualiti udara disiarkan secara berterusan.
  • Menentukan penguatkuasaan pengharaman pembakaran secara terbuka terus dikuatkuasakan, dan
  • Menentukan arahan Darurat Jerebu ini tidak membabitkan perisytiharan perintah berkurung (kecuali keadaan tertentu mengikut mana-mana peruntukan undang-undang mewajarkannya).

  • Friday, August 05, 2005

    55 Petua Seronok Bekerja

    Dipetik dari buku :
    Dato’ Dr Mohd Fadzilah Kamsah & Ahmad Fadzli Yusof, (2005), 55 Petua Seronok Bekerja, PTS Millennia Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

    Bahagian 1: JADILAH SEORANG YANG SERONOK
    ‘ kami merasakan rasa seronok dan ketawa membina rasa komuniti yang kuat. Ia juga menyeimbangkan antara tekanan kerja kuat dan juga tekanan persaingan yang ada di tempat kerja’:- elizabeth pedrick sartain-

    Petua 1: Ketawa pengikat kemesraan bersama
    Petua 2: Ketawalah, kita akan relaks
    Petua 3: Apabila kita seronok, kita menyeronokkan orang lain.
    Petua 4: Relaks, Jangan terlalu serius!
    Petua 5: Ringankan tangan kita: pasti ia berbaloi.

    Bahagian 2: MUDAH TETAPI SERONOK
    Petua 6: Bantulah orang lain kita pasti seronok
    Petua 7: Amalkan sentuhan keinsanan
    Petua 8: Makan Bersama, Seronok bersama
    Petua 9: Main permainan zaman kanak-kanak
    Petua 10: Letakkan benda asing di pejabat kita
    Petua 11: Buat perkara yang tidak diduga
    Petua 12: Dapatkan kedamaian, lakukan sesuatu
    Petua 13: Dengarkan loceng tanpa minda

    Bahagian 3: SERONOK SEBAGAI MOTIVASI
    ’ Sentiasa berfikiran positif. Pandanglah sekeliling kita dengan pandangan yang positif. Bersangka baik dengan apa yang tuhan tetapkan, kerana ia adalah salah satu penyejuk jiwa”
    Petua 14: Jadikan seronok sebagai ganjaran
    Petua 15: Cuti mengejut bagi prestasi yang memberansangkan
    Petua 16: Bonus-berikan secara kreatif
    Petua 17: Galakkan orang lain memberi ganjaran
    Petua 18: Tidak seronok? Tingkatkan motivasi kita

    Bahagian 4: KOMUNIKASI SERONOK DIMANA-MANA
    ’Mesej yang sukar boleh bertukar menjadi sesuatu yang menyeronokkan apabila kita pandai ’mengkelakarkan’ mesej-mesej tersebut. Berkomunikasi secara seronok dan tidak menekan akan mendorong hasil yang di luar jangka’ – bill ryan
    Petua 19: Komunikasi yang seronok!!!
    Petua 20: Luahkan penghargaan kita
    Petua 21: Hiasi wajah dengan senyuman
    Petua 22: Kelakarkan mesej yang sukar

    Bahagian 5: RANCANG SESUATU YANG SERONOK
    ‘Perangsang yang kreatif dan atmosfera kerja yang menyeronokkan dapat meningkatkan tenaga seseorang individu. Ia juga meningkatkan kepuasan kerja. Orang yang mempunyai keseronokkan kerja biasanya bekerja dengan lebih keras dan mencapai hasil yang lebih baik.’ -lewis
    Petua 23: Kerja betul-betul, main betul-betul
    Petua 24: Anjurkan pertandingan Ketawa
    Petua 25: Gores dan Menang
    Petua 26: Rancang percutian yang menyeronokkan
    Petua 27: Jadikan pejabat umpama syurga

    Bahagian 6: SAYA SUKA MESYUARAT
    Petua 28: Mesyuarat: Kenapa perlu bosan?
    Petua 29: Mesyuarat yang gamat: kenapa tidak?
    Petua 30: Berseronok memberikan pendapat
    Petua 31: Carilah Kata sepakat bersama
    Petua 32: Gunakan enam topi yang sebenar
    Petua 33: Lagi Idea seronok mesyuarat

    Bahagian 7: MAJIKAN YANG SERONOK
    Petua 34: Jangan drastik: Buat perubahan perlahan-lahan
    Petua 35: Pilih pekerja yang menyeronokkan
    Petua 36: Wajibkan akujanji ceria
    Petua 37: Adakan sambutan pekerja baru
    Petua 38: Berikan kebebasan bersuara!
    Petua 39: Kemudikan bahtera bersama-sama
    Petua 40: Adakan ’hari kasual’

    Bahagian 8: PERMAINAN YANG MENYERONOKKAN
    Ketika usia kanak-kanak, ada banyak jenis permainan yang menarik. Laga buah getah, lompat getah, batu seremban, gasing, laga guli, dan banyak lagi. Apa yang menghairankan adalah, walaupun permainan itu tidaklah sehebat mana, tetapi kanak-kanak bermain dengan penuh perasaan dan keghairahan.
    Petua 41: Jadikan kerja satu permainan!
    Petua 42: Guli siapa paling banyak?
    Petua 43: Buat kotak permainan pejabat
    Petua 44: Letakkan tanda rehat di atas meja
    Petua 45: Ulang tahun hari lahir yang menyeronokkan
    Petua 46: Mari menjadi juara
    Petua 47: Formula satu sudah bermula
    Petua 48: Adakan kuiz minda
    Petua 49: Menyunting bintang di langit
    Petua 50: Hari tema bulanan
    Petua 51: Korbankan lembu itu

    Bahagian 9: HATI DAMAI YANG SERONOK
    Bagaimana hendak mendapatkan rahmat dan kasih sayang TUHAN di tempat kerja? Hanya TUHAN yang menentukan segalanya. TUHAN yang berkuasa dan berkehendak memberikan kepada sesiapa yang dia inginkan. Tetapi kita boleh berusaha dan meminta dariNYA.
    Petua 52: Carilah rahmat di pejabat
    Petua 53: Ingat MATI! Kita akan berkualiti
    Petua 54: Ukhwah untuk pasukan yang gagah
    Petua 55: Belailah jiwa dengan tazkirah

    Untuk lanjutan: lihat buku tersebut atau portal http://resipikejayaan.com

    SELAMAT BERKERJA DENGAN PENUH KECERIAAN ^_^


    This page is powered by Blogger. Isn't yours?