Saturday, June 25, 2005

IPv6 bakal ubah cara, fungsi perangkaian

Oleh Yoshihiro Nagasaka
Pengurus Negara Malaysia, Allied Telesyn International (Asia) Pte Ltd

INTERNET mengubah cara individu dan syarikat berfungsi dan berkomunikasi, terutama dalam masyarakat maju. Hampir setiap individu dalam masyarakat maju mempunyai talian internet. Tidak lama lagi, kediaman mereka juga akan dilengkapi pelbagai peralatan rumah bertalian internet. Baru-baru ini, satu laporan menunjukkan 553 juta orang kini melayari internet dari kediaman mereka.

Pertumbuhan pesat penggunaan internet dan peningkatan penggunaan peralatan tanpa wayar bukan saja membawa kepada pertambahan permintaan untuk teknologi yang lebih baik dan cepat, malah pertambahan permintaan bagi alamat yang mana maklumat dihantar dan diterima. Hal ini ternyata benar, terutama di negara membangun yang masyarakatnya kini baru saja menggunakan internet.

Protokol Internet (IP) dikenali sebagai protokol tanpa sambungan yang membolehkan data dihantar dari satu komputer kepada yang lain dalam satu rangkaian tertentu tanpa sambungan berterusan antara kedua-duanya. Oleh itu, apabila sesuatu mesej dihantar melalui IP, mesej itu dipecahkan menjadi beberapa paket yang mampu melalui beberapa perjalanan berlainan untuk sampai ke destinasinya.

Apabila sampai di destinasinya, mesej itu akan dipasang semula menjadi bentuk asalnya. Setiap satu alat dalam sesebuah rangkaian mempunyai alamat IP tersendiri yang digunakan oleh protokol IP untuk memastikan paket maklumat sampai ke destinasi yang betul.

Kebanyakan internet hari ini menggunakan IP versi keempat (IPv4) iaitu IP komersial yang pertama dan kini berusia hampir 20 tahun. Memandangkan usianya, IPv4 adalah teknologi dengan kebingkasan yang tinggi. Namun, pengurusannya mula menjadi semakin kompleks dan memerlukan belanja yang tinggi akibat perkembangan pesat internet. Hal yang paling merisaukan ialah kekurangan alamat IPv4 yang diperlukan setiap mesin baru dan dirangkai ke internet.

Alamat IPv4 dianggarkan akan habis digunakan antara tahun 2008 hingga 2010. Setakat ini, dua pertiga alamat IPv4 sudah dipunyai, kebanyakannya di Amerika Syarikat. Di negara seperti Asia yang mempunyai peruntukan kecil, Alamat Terjemahan Perangkaian (Network Translation Addresses) digunakan untuk menampung kesesakan internet dengan menggunakan pelbagai alamat IP persendirian di sebalik alamat IP umum.

Pengurangan sebegini adalah sebab utama di sebalik perlunya IP versi keenam (IPv6). Keperluan ini juga didorong oleh permintaan peralatan tanpa wayar yang memerlukan alamat IP tersendiri untuk mewujudkan sambungan internet. Ledakan penggunaan alatan tanpa wayar pegangan tangan dibuktikan oleh anggaran jualannya, yang dijangka meningkat daripada 430 juta pada 2002 kepada 760 juta pada 2006, dan pengguna internet bergerak dijangka melebihi 1.2 bilion sebelum penghujung dekad ini.

IPv6 yang direka bentuk oleh Pasukan Petugas Kejuruteraan Internet (Internet Engineering Task Force: IETF), adalah versi IP terkini, dikenali juga sebagai IPng (IP generasi seterusnya). IPv6 membetulkan beberapa masalah yang wujud dalam IPv4, seperti alamat IPv4 yang terhad.

Salah satu ciri utama IPv6 ialah kebolehannya mengembangkan ruang alamat daripada 32 bit panjang menjadi 128 bit. Ini secara eksponen meningkatkan jumlah alamat IP sedia ada dengan lebih tahap hiraki alamat, sekali gus mengembangkan ruang alamat daripada kira-kira empat bilion menjadi jumlah yang terlalu banyak iaitu lebih daripada 340 trilion trilion trilion alamat (340x1036).

Peluang komersial IPv6 sediakan untuk peralatan tanpa wayar, perangkaian peer-to-peer dan rumah pintar juga mendorong perubahan kepada teknologi ini. Pasaran tanpa wayar memerlukan perkhidmatan IP dengan pendaman rendah, selalu dipasang, perantauan automatik dan selalu dapat dihubungi. Perangkaian peer-to-peer membolehkan sekumpulan komputer berkomunikasi secara langsung antara satu sama lain, dibandingkan melalui pelayan pusat agar dapat mengelak daripada mengendalikan semua trafik dalam pelayannya.

Perangkaian peer-to-peer digunakan untuk permainan dalam talian berbilang pemain, telefoni IP, persidangan video dan model niaga baru seperti Napster. Peluang komersial lain untuk produk rumah pintar seperti kenderaan dilengkapi internet, sistem keselamatan (pengawasan) dan peralatan dapur turut menyokong perubahan kepada IPv6.

IPv6 juga membawa banyak kemajuan berbanding IPv4 dalam routing dan konfigurasi rangkaian secara automatik. IPv6 mempunyai peruntukan yang membolehkan konfigurasi secara automatik lebih mudah dilakukan dan penomboran semula alamat IP dalam rangkaian dan sub-rangkaian apabila diperlukan tanpa perlunya konfigurasi insani ataupun DHCP.

IPv6 turut memperbaiki kebolehan multicast routing berbilang lemparan dengan menambahkan bidang ‘skop’ kepada alamat multicast. Ia juga menawarkan jenis alamat yang baru, iaitu ‘alamat anycast’ yang lebih baik untuk melakukan multicast. Jenis alamat baru itu amnya berkata “hantar mesej ini kepada ahli kumpulan ini dengan cara paling mudah dihubungi” yang berkemungkinan membolehkan kaedah penghantaran mesej yang baru.

Datagram IP baru didefinisikan semula dan diberi keupayaan baru. Kepala bata utama setiap datagram IP telah diperkemas dan ditambah peruntukannya agar kepala bata datagram yang memerlukan lebih banyak maklumat kawalan lebih mudah diperluaskan. Datagram IPv6 termasuk ciri Perkhidmatan Berkualiti (Quality of Service - QoS) yang membolehkannya mudah menyokong multimedia dan aplikasi lain yang memerlukan perkhidmatan berkualiti. Sokongan keselamatan dimasukkan ke dalam IPv6 dengan menggunakan pengesahan dan enkripsi kepala bata yang diperluaskan dan ciri-ciri lain.

Dalam IPv6, cara perpecahan dan pemasangan semula datagram berfungsi ditukar untuk memperbaiki kecekapan routing dan juga untuk membayangkan realiti rangkaian kini dengan lebih sempurna. Protokol IPv6 direkabentuk supaya dapat menyokong system routing moden dan membolehkan perluasan ketika pertumbuhan internet.

Penggunaan IPv6 akan meningkat dan memakan masa beberapa tahun kerana bukan mudah untuk mengabaikan pelaburan masa dalam IPv4 begitu saja. Pasukan petugas IETF menetapkan pelbagai mekanisme perubahan untuk membolehkan rangkaian IPv6 wujud bersama rangkaian IPv4, terutamanya:

– Susunan duaan - Ini adalah mekanisme paling asas dan bergantung kepada kedua-dua protokol IPv4 dan IPv6 disusun serentak

– Terowong (tunneling) - Mekanisme terowong membolehkan sambungan antara kepulan IPv6 menjangkaui rangkaian IPv4 yang berselang, yang mana rangkaian IPv4 berfungsi sepenuhnya sebagai medium pengangkutan

IPv6 kini sudah mula digunakan dan piawaian teras IPv6 telahpun dipersetujui melalui Forum IPv6 (www.ipv6forum.org). Rangkaian IPv6 komersil kini sudah dilaksanakan dan ramai produk penjual perkakasan serta perisian perangkaian kini mula menyokong IPv6. Besar kemungkinan dalam dua hingga tiga tahun akan datang akibat arkitektur alamat khidmat 3G, pertumbuhan perkhidmatan 3G dan peningkatan penggunaan jalur lebar. Tambahan pula, kerajaan Jepun dan Korea menyediakan sokongan kewangan dan polisi yang nyata untuk pelaksanaan IPv6. Keadaan ekonomi dan demografi Cina akan menyebabkannya mengikut langkah itu tidak lama lagi. Sektor awam dan korporat di Eropah juga banyak melabur dalam teknologi IPv6.

Di rantau ini, negara Jepun mendahului penggunaan IPv6 dan telah mula menggunakan IPv6 dalam rangkaian langsung seperti Papan Ujian IPv6 Perubatan Jepun, Rangkaian IPv6 Pesta Salji Sapporo untuk penyiaran video jauh, dan rangkaian jalur lebar metro IPv6 Bandaraya Kurashiki.

Perebakan dan pembangunan internet digabung dengan alatan penghubungan mudah alih adalah fenomena yang telah merevolusikan komunikasi. IPv6 sebagai teknologi yang mula membangun akan mengubah cara perangkaian berfungsi dan akan menjadi standard yang mana perangkaian, internet dan komunikasi berpaut.

Wednesday, June 22, 2005

Melayari Laman Web Lucah Ketika Bertugas

BERITA HARIAN - 22 Jun 2005

Pegawai punca sistem lembap:
Mampu kesan ada penjawat awam layari laman web lucah ketika bertugas


PUTRAJAYA: Kajian Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (Mampu) mendapati sesetengah sistem komputer di jabatan dan agensi awam perlahan kerana pegawai menghabiskan masa memuat turun pelbagai gambar, lagu dan tayangan video melalui internet, pada waktu bertugas.

Malah, ada juga pegawai atau kakitangan awam melayari laman web lucah atau menghantar e-mel kepada teman wanita ketika bekerja, yang turut menyebabkan tugas rasmi harian terjejas.

Berikutan itu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Samsudin Osman, mengarahkan Mampu menguatkuasakan garis panduan berhubung penggunaan internet dan mengambil tindakan disiplin terhadap kakitangan ingkar.

Antara tindakan disiplin yang boleh dikenakan ialah memberi amaran dan surat tunjuk sebab tetapi jika kesalahan berulang, tindakan menyekat kenaikan pangkat kakitangan awam boleh dilakukan.

“Mampu mulanya percaya akses sistem internet perlahan berpunca daripada masalah talian atau kekurangan infrastruktur. Tetapi rupanya ada orang dalam jabatan memuat turun gambar menggunakan talian internet.

“Selepas kajian, Mampu mendapati kegiatan memuat turun pelbagai bahan dalam internet yang tiada kaitan dengan tugas kakitangan awam menjadi punca akses internet menjadi perlahan,” katanya selepas menyampaikan ucaptama pada Sidang Pemimpin Kerajaan/Microsoft 2005, di sini, semalam.

Sebelum ini, ekoran berleluasanya tindakan melayari laman web lucah, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengarahkan penggunaan perisian khas bagi menyekat akses ke laman itu di beberapa jabatan kerajaan, diperluaskan ke agensi awam termasuk sekolah.

Samsudin mengarahkan semua ketua jabatan bertindak sebagai pengawas bagi memastikan penyalahgunaan internet di pejabat dibendung segera dan setiap anggota harus bertanggungjawab.

“Memang mudah untuk memuat turun semua bahan di internet. Kini semua jabatan sudah diminta memasang perisian canggih menyekat laman web lucah. Ia sudah dipasang di Jabatan Perdana Menteri.

"Namun saya khuatir walaupun ada perisian itu, mereka masih boleh memintas dan memuat turun bahan yang tidak diingini. Oleh itu, kita mahu semua kakitangan bertanggungjawab," katanya.

Mengenai laman web sesetengah jabatan dan agensi kerajaan yang tidak dikemaskini, beliau berkata, semua jabatan seharusnya mengemaskinikan laman web masing-masing apatah lagi ia dihubungkan kepada portal ‘myGovernment’ bagi memudahkan carian.

Beliau juga berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang membuat kajian lanjut sama ada memberikan pembayaran elaun saraan hidup (Cola) kepada semua kakitangan sektor awam atau mereka yang berkhidmat di bandar besar saja.

Friday, June 17, 2005

Kondom wa Jarum

Salam....

Sebenarnya manusia Islam dah banyak lupa dengan apa yang dia kata dalam solah..../sesungguhnys solahku, ibadahku,hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah tuhan seru sekelian alam.../Bukankah Islam adalah sebagai penyelesaian.

Kalau kita susuri perjalanan peradaban Islam, di sana kita akan dapati riwayat bagaimana pemerintah Islam mengarahkan mereka yang diserang wabak KUSTA diasingkan dari masyarakat bagi menjaga maslahat yang lebih besar. Kuarantin dalam Islam /dah lama dah......../Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan belum lagi bersidang tapi keputusan dah di buat oleh pihak berwajib untuk bekalkan /kondom wa jarum /untuk penagih2 dadah.

Itulah hasilnya bila BERSERAH PADA REALITI tanpa yakin bahawa Islam adalah PENYELESAIAN!

Kerja kita yang utama sekarang ialah PERBAIKILAH DIRI KAMU DAN AJAKLAH ORANG LAIN. Satu kenyataan dari ulamak besar Almarhum Syeikh Mustafa Masyhur. Kita kena rasai hakikat bahawa perbaiki diri dan ajak orang lain adalah KEWAJIPAN. Dengan lain pekataan Dakwah dan Tarbiyah merupakan kewajipan setiap umat Islam yang mukhallaf kini.

Waullau'aklam.


Monday, June 13, 2005

Kondom & Jarum

Alahai penagih dadah dapat kondom & jarum penyuntik percuma pulak. Alasannya terbukti berkesan menghalang merebaknya AIDS atau/dan HIV positif.

Menasabah ke tidak?

Pencuri duit kita kasi dia duit percuma untuk halang dia dari mencuri.
Perogol kita kasi pompuan untuk dia rogol supaya dia tak merogol pompuan lain.

atau;

Pencuri kita potong tangan supaya dia tak mencuri dah.
Perogol kita hukum bunuh jer supaya dia tak rogol dah.

Apa pandangan tuan/puan?

Thursday, June 02, 2005

Kerja 5 Hari Seminggu

Salam,

Adapun bila kita melihat polisi yang di buat oleh mereka yang kucint*** maka di sana sudah tentu banyak faktor politik yang mempengaruhinya. Kalau di negara barat yang jauh lebih maju dah berkurun dah kerja 5 hari seminggu ni. Pulak tu bayar gaji tiap2 minggu. Kalu nak kata produktiviti kurang tunjukkan statistiknya. Oleh kerana tak boleh nak tunjuk maka itu sebab akhirnya dasar cuti Sabtu berubah lagi. Ada kemungkinan produktiviti kerja hari Sabtu ni jauh lebih rendah berbanding dengan minggu pertama dan ketiga yang di beri cuti........

Untuk domestik tourism ni memang telah lama dibuktikan tapi oleh kerana kecairan duit kita dalam pasaran 'apa nama' okay waktu tu maka tidaklah ada keperluan mendesak untuk mendapatkan hasil daripadanya. Sekarang pihak berkuasa mengambil langkah berjimat cermat dan banyak program yang tidak/ real /dari segi pendapatan hasilnya ditangguhkan. Ini yang projek mega banyak ditangguhkan untuk mengelak kecairan duit dalam pasaran kering. Kalau kering kadar inflasi akan naik mendadak dan kita yang bukan orang ada-ada akan amat terasa bahangnya. Inflasi ni ikut bahasa dan pemahaman yang mudah bagi kita rasa ianya dekat dan mempengaruhi kita ialah IHP. Indeks Harga Pengguna adalah petunjuk mengenai harga barangan pengguna secara menyeluruh. Kalau naik maknanya harga barangan pengguna adalah relatif tinggi dan ini bermakna kita terpaksa berbelanja lebih dari biasa untuk mendapatkan barangan yang sama dengan pendapatan yang kekal tidak berubah.

Maaflah dah macam Prof. Ungku Aziz pulak. Itu baru 2 bulan buat form 6....heeeeeee

Tapi ada baiknya kita tahu ilmu realiti ini supaya kita TIDAK BERSERAH KEPADA REALITI..............

Waullahu'aklam


This page is powered by Blogger. Isn't yours?