Tuesday, May 31, 2005

Kerja 5 Hari Seminggu

Alasannya:

“Walaupun sebelum ini mereka mengkritik dengan pelbagai kritikan seperti ekonomi lembab, pekerja akan menjadi malas dan sebagainya."

Apa pandangan tuan?


Friday, May 27, 2005

GENG 8

Salam,

Saya rasa teruja untuk memberi komentar pasal Geng 8 nih......Berbuih dah mulut saya beritahu mengenai dasar perjawatan dalam perkhidmatan awam tapi depa tak mau dengar sebab saya dianggap sebahagian dari Geng 8 gak...... Rasanya kenkawan yang dah lama kat sini tentu tahu pendirian saya mengenai perjawatan di Parlimen yang Kucin*tah* ini tapi apa kan daya oleh kerana kita tak pandai nak mengipa* maka kita jadi lah seperti melukut di tepi gantang.

Errrrr...tahu tak amendenyer melukut kat tepi gantang tuh.....? mengikut Tuan Karam Singh Walia maksudnya ialah masuk tak menambah kuar tak mengurang....heeeeeeee.

Oleh kerana mulut dah berbuih dan untuk mengelak dari merebak menjadi epilepsy...tahu tak amende epilepsy? (tanya kat Dr Kumar lah yer) lebih baik lah kita biarkan sajer Geng 8/ tolak 1*/- ni terjun dengan labu-labunyaaa....biarkannnnnnnnnnnnnn.

/tolak 1* /- tu aku lah tu.........


Tetap Berjuang...geli pulak rasanya...

Hari ni ada perhimpunan. Seperti biasa ler......

Tetapi yang mengelikan dan melucukan hati ni ialah...bila boss besau kata....J*A dah kasi waran perjawatan baru....banyak ler group "M"...ehmmm...group PTD ler, akan menguasai Par**m*n.

Bagaimana ler nasib Kumpulan 8 (bukan Kumpulan 6 Jahamam yer)? PTD akan perintah depa ni. Lagipun kebanyakan Ahli Kumpulan 8 ni...baru lagi dalam perkhidmatan......jangan marahhh bosss....nanti kena jual.....Kalau baru tu almaknanya mentah lagi.....takkan nak dinaikkan pangkat kepada 48.....

Pada pemikiran saya lah yea....kalau PTD masuk pun...apa salahnya....sebab depa-depa ahli Kumpulan 8 ni boleh belajar bagaimana nak mengurus Jabatan ni.....tak ler hancusss jabatan yang kucin*tai*.

Yang peliknya.....ehmmm....kenapa ahli Kumpulan 8 tak termasuk Editor & JBS yea....(sambil garu-garu kepala). Ni untuk kroni ke....? Jangan marah bosss..........hari ni tak dapat naik motor bosss......boss besau pun dah gayat naik motor tu....

Apa-apa pun...Tetap ler berjuang yer...Moga-moga boleh sambung lagi....Terasa geli pulak perut ni.......

Dunia web tanpa Dreamviewer

Teringat masa mula-mula buat laman web untuk jabatan dalu, sekitar tahun 1997. Masa tu banyak dah jabatan kerajaan yang dipasang internet dan ada laman web sendiri.

Untuk buat laman web....kena ler tau bahasa HTML...rasanya inilah bahasa yang paling senang dipelajari ;). Masa tu mana ler ada M$ Frontpage, Dreamviewer atau Adobe GoLive. Guna ler notepad. Kalau nak view, guna browser. Masa tu guna Netscape browser. M$ IE mana ada lagi.

Lepas tu keluarlah product seperti di atas tu....kena beli ler.....untuk kesenangan programmer membuat laman web. Masa ni tak reti bahasa HTML pun boleh buat laman web. Budak sekolah pun dah ada laman web sendiri.

Semasa melayari internet....terjumpalah satu tool untuk buat laman web....open sourse...free pulak tu.....lagi satu yang menariknya boleh diinstall pada M$ Windows, Linux, Mac, Linspire. Dipanggil Nvu, sila rujuk http://www.nvu.com/

Bukan nak promote product ni.....tak perlu beli....download dan install dan boleh pakai. Yang penting kreativiti untuk menarik minat orang ramai menatapi laman web tu.

Sekian.


Wednesday, May 25, 2005

Kalau Nak Cari Info...Guna lah...

Kalau nak cari info...guna ler google kat tepi tu....just masukkan apa yang nak dicari dan klik butang 'Search'....senangkan?

Kalau rasa boring ker....dah masuk blog ni....klik ler iklan kat tepi tu...maner ler tau...ada maklumat terbaru ke.....

Friday, May 20, 2005

Hakikat Umur Kita

Al-Hasan Al-Bashri rahimahullah berkata:

“Wahai anak Adam, (masa) siangmu adalah tamumu, maka berbuat baiklah terhadapnya. Karena sungguh, jika engkau berbuat baik kepadanya, niscaya dia akan pergi dengan memujimu. Dan apabila engkau berbuat buruk terhadapnya maka dia akan pergi dengan mencercamu, begitu pula dengan
malammu.”

“Wahai anak Adam, injaklah bumi ini dengan kakimu. Sungguh, sekecil apapun dia, pasti bakal menguburmu. Sesungguhnya engkau itu senantiasa sedang mengurangi usiamu, semenjak engkau dilahirkan dari perut ibumu.”

“Wahai anak Adam, engkau dapati pagimu berada di antara dua waktu, yang keduanya tak mungkin meninggalkanmu, yakni bahayanya malam dan bahayanya siang. Sampai engkau mendatangi negeri akhirat, yang bisa jadi engkau datang ke al-jannah (surga) dan bisa jadi engkau ke an-nar (neraka). Maka siapakah yang lebih besar bahayanya daripada dirimu sendiri?”

“Wahai anak Adam, engkau hanyalah (laksana) hari-hari yang setiap kali berlalu satu hari maka hilanglah pula sebagian dari dirimu.”

(Mawa’izh Lil Imam Al-Hasan Al-Bashri, hal. 35)


Wednesday, May 18, 2005

BERSERAH PADA REALITI.......

Assalamualaikum,

Pertamanya marilah kita mengatur syukur kepada Allah kerana dengan izinNya jua maka dapat kita menggunakan ruang BLOG ini untuk bersama berkongsi apa saja yang baik insyAllah. Saya nak ajak diri saya dan tuan/puan juga untuk melihat suatu perkara yang hari ini mungkin kita tak sedar menyerap masuk dalam diri kita. Hasilnya menyebabkan banyak benda dalam aspek kehidupan kita dipengaruhi oleh perkara ini.

Perkara yang dimaksudkan ialah mengenai suatu hakikat yang di sebut sebagai REALITI atau KENYATAAN. Sedar ataupun tidak bahawa perlakuan kita hari ini terikut-ikut dengan realiti yang ada di depan mata kita. Cara hidup kita, cara pergaulan kita, cara kita bekerja, cara kita berkeluarga malah cara kita memahami konsep kehidupan kita banyak bergantung atau dipengaruhi oleh realiti yang ada di sekitar kita. Persekitaran kita hari ini banyak menentukan halatuju hidup kita!

Hari ini kita akui kita sibuk dan banyak habiskan masa dengan kerja-kerja pejabat kerana realiti kerja kita memang menuntut semua itu dari kita. Hari ini kita akui bahawa anak-anak kita hidup berpandukan perkembangan semasa sehingga banyak nilai telah hilang dari mereka kerana realiti menuntut mereka jadi begitu. Hari ini kita melihat dan mengakui bahawa majoriti masyarakat kita serah diri dan kehidupan kepada realiti. Makanya kita jadilah manusia yang lemah, masyarakat yang lemah dan ummah yang lemah kerana kita berserah pada realiti.

Kerana realiti di hadapan kita mengongkong kita dengan riba, maka kita pun 'terpaksa' terlibat dengan riba. Kerana realiti di depan kita menghimpit kita dengan beban tugasan pejabat maka kita pun kena langsai dan lunaskan kerja pejabat hatta bawa balik ke rumah kadang-kadang. Itu setakat beberapa contoh.

Saya tersentuh hati bila seorang ulama' Said Hawwa namanya berkata......'/kamu orang mukmin usah berserah pada realiti....'/ Maknanya kita orang mukmin tidak boleh membiarkan realiti dan persekitaran membentuk halatuju hidup kita, memesongkan kefahaman kita mengenai agama Allah dan menentukan pola fikir kita.

....bersambung.


Monday, May 16, 2005

Kehidupan Malam KL dan UK

Assalamualaikum......

Dalam mencari apa yang nak dipostkan dalam blogger terbaca tulisan ini.
Bagaimana pandangan anda bila membaca tulisan ini.......?

Kehidupan malam KL dan UK

Oleh: DR. ISMAIL IBRAHIM

SEORANG ibu yang saya temui semasa menyertai satu program anjuran Jabatan Penuntut Malaysia London minggu lepas, menyatakan bahawa anak remajanya yang berada bersamanya di Manchester, tempat dia sedang menyiapkan tesis doktor falsafahnya, tidak pernah keluar rumah pada waktu malam semasa berada di sana. Tetapi ketika kembali ke Kuala Lumpur masa cuti baru-baru ini, anaknya itu boleh dikatakan setiap malam meminta kebenarannya untuk keluar malam.

Di bandar raya tempat kediamannya di United Kingdom (UK) tersebut, pada waktu malam tidak ada ``kehidupan'' di dalam bandar, atau di jalan-jalannya. Kebanyakan kedai menutup pintunya sebelum menjelang waktu maghrib, bukan kerana penjaganya hendak bersembahyang maghrib, sebab kebanyakan mereka bukanlah beragama Islam, tetapi kerana masa berniaga di sana, hanyalah sekadar pukul 6 atau 7 malam. Selepas itu kedai ditutup, tiada perniagaan lagi.

Itulah gambaran kehidupan malam di UK pada keseluruhannya. Malah di kota raya London yang terkenal dengan kesibukannya itu pun, kedai dan gedung perniagaannya pada umumnya, menutup pintunya pada pukul 6 atau 7 malam. Jalan raya yang terkenal dengan syurga membeli-belahnya kepada para pelancong tempatan dan luar negara, termasuk pelancong dari negara kita, seperti Oxford Street, lengang menjelang malam, atau lewat petang.

Bagi sesetengah kalangan, hal ini menunjukkan kemalasan orang putih untuk berniaga, tetapi bagi orang-orang seperti ibu yang saya maksudkan di atas, hal ini agak sihat di dalam masyarakat moden yang amat canggih dan mencabar ini. Apa gunanya berniaga dan mendapatkan keuntungan yang banyak, sekiranya hal itu membawa kepada satu gejala yang dapat mengorbankan nilai-nilai murni kehidupan, apa lagi bagi masyarakat beragama seperti kita ini?

Sebab itulah, ibu yang saya sebutkan di atas, menyatakan bahawa anak remajanya pada waktu malam di rumahnya di UK, akan berada di rumah, menonton televisyen, melayari komputer, membaca buku pelajaran dan sebagainya. Atau kalau tidak ada apa yang hendak dibuatnya, maka dia akan segera menarik selimut, belayar dalam alam mimpi, terutamanya ketika berada di dalam bilik yang dingin, pada musim sejuk.

Tetapi ketika balik ke Malaysia kerana menghabiskan cuti, kepala ibu menjadi pening, kerana hampir setiap malam anaknya itu akan meminta kebenarannya untuk keluar malam bersama kawan-kawannya. Di UK anaknya mempunyai kawan sebaya juga, tetapi dia tidak pula sibuk untuk keluar dengan rakannya itu, malah rakannya juga tidak akan keluar pada waktu malam, kerana seperti yang dinyatakan di atas, di sana tidak ada kehidupan malam. Tidak ada restoran 24 jam, tidak ada gerai yang menjual nasi lemak atau roti canai, dan tidak ada gerai untuk mereka lepak-lepak berbual sampai pagi, pukul tiga atau empat, sambil minum-minum teh tarik atau Coca-Cola.

Di UK ibu remaja tersebut juga dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada kajian dan tesis Ph.Dnya tanpa risau atau bimbang dengan keselamatan anaknya, kerana anaknya berada di dalam rumahnya mulai dari waktu senja sehingga pagi esok. Tetapi di Malaysia, kalau anaknya tidak minta keluar pada waktu malam, rakan-rakannya pula yang akan menelefonnya mengajak keluar. Waktu yang dipilihnya untuk keluar malam itu pula, bukan pada pukul 8 atau 9 malam, tetapi kebanyakannya, pada pukul 10 atau 11 malam baru mula nak pakai baju untuk keluar. Keluarnya pula bukan sejam dua, tetapi sampai berjam-jam, kadang-kadang menjelang azan subuh baru pulang keletihan dan mengantuk. Ketika itu hanyalah bantal yang menjadi temannya, dan segala azan atau subuh akan dibiarkan berlalu begitu sahaja, kerana badannya terlalu letih, dan matanya tidak mampu dibuka lagi.

Apabila orang mulai tidur pada pukul 4, 5 atau 6 subuh, tentulah dapat dibayangkan pukul berapa baru dia dapat bangun. Malah dapatlah juga dibayangkan bagaimanakah beratnya kepala dan badan orang yang bertindak demikian, kerana dia sebenarnya telah melanggar sunah alam, iaitu kejadian siang dan malam yang dijadikan Allah untuk tidur dan jaga.

Allah menjadikan malam untuk manusia berehat dan tidur, dan siang ialah untuk berjaga dan bekerja, kerana kejadian fizikal serta fitrah manusia pun telah diprogramkan begitu oleh sunah alam, maka ketika manusia menukar fitrah kejadian Allah itu, kehidupannya tentulah tidak normal dan seimbang lagi.

Memang suasana sekeliling yang sebenarnya mencorakkan kehidupan kita manusia ini. Di London tidak ada gerai untuk kita melepak, tetapi di Bangsar atau Sri Hartamas, terlalu banyak gerai yang menarik kehadiran generasi tua dan muda untuk berjaga malam. Di London, bar atau pubnya, kebanyakannya hanya dibuka sehingga pukul 11 malam, tetapi di Bangsar dan tempat-tempat lain, mungkin dibuka sehingga pukul 2 atau 3 pagi. Kalau undang-undang mengatakan mereka boleh membuka hingga pukul 2 pagi umpamanya, mereka cuba-cuba juga membukanya hingga pukul 3 atau 4 pagi, kerana biasanya pihak berkuasa tidak menghantar penguat kuasanya untuk melihat sama ada para peniaga itu mematuhi peraturan dan undang-undang yang dikuatkuasakan ataupun tidak.

Di London dan bandar-bandar lain juga di UK, orang yang meminum minuman ringan atau arak, nampaknya senyap-senyap saja di dalam kedai minuman, kerana mereka tidak boleh membawa minuman itu keluar premis yang ditetapkan. Tetapi di bandar ala Amerika atau New York negara kita, semua orang yang berjalan di atas jalan, dapat melihat orang meminum minuman keras atau ringan di dalam kedai minum, atau kadang-kadang kelihatan kelibat manusia berjalan, atau berarak di tengah jalan dengan botol atau tin minuman keras di tangannya.

Inilah suasana dan persekitaran yang merunsingkan kebanyakan ibu bapa yang mempunyai anak remaja sekarang ini di negara kita, seperti yang diceritakan oleh ibu di atas, khususnya di bandar-bandar yang telah dicorakkan sebegitu rupa, supaya kelihatan seperti bandar koboi, atau yang bersuasana kota uncle tom.

Bagi sesetengah golongan, mungkin hal ini tidaklah merupakan isu besar yang merunsingkan. Apa salahnya budak-budak muda itu keluar berhibur dan sembang-sembang dengan rakan sebayanya sepanjang malam, sambil minum teh tarik?

Malah bagi sesetengah ibu bapa moden pun, mungkin mereka beranggapan, apa salahnya anak-anak saya berada di luar, sama ada di gerai minum Coca-Cola, atau di kelab malam berhibur? Saya tahu anak saya berada dalam kelab malam, dan dia selamat di sana, malahan dia berjanji dengan saya akan balik ke rumah pada pukul 3 pagi, jadi apa yang hendak dirisaukan, dia berada di tempat yang selamat, bukan di atas jalan?

Tetapi bagi ibu yang berada di Manchester itu, dia mempunyai pandangan yang amat berlainan. Bila pulang ke Malaysia, dia risau anaknya terpengaruh dengan unsur jahat di luar, takut terlibat dalam permainan jahat, cuba-cuba minum Coca-Cola atau air syaitan, hisap itu atau hisap ini, hidu itu atau hidu ini, dan takut juga bila keluar dari tempat minum, ditangkap pula oleh jabatan agama Islam, bukankah malu dibuatnya? Atau kalau tidak ditangkap jabatan agama yang menjadi polis moral yang mengacau daun itu pun, mungkin pula anaknya itu menumpang kereta mewah kawannya, yang dipandu secara gila-gila, seterusnya berlanggar dan mengorbankan nyawa anaknya itu? Bukankah hal ini memeningkan kepala ibu tersebut?

Seterusnya dia takut pula, kesihatan anaknya terganggu, kerana tabiat tidur dan jaganya tidak mengikut fitrah kejadian dan biologikal manusia lagi, yang pada jangka panjangnya tentu akan menyebabkan mudarat kepada badan dan pemikiran, fizikal dan mentalnya. Malah lebih dari itu, dia risau juga kerana anaknya tak dapat sembahyang subuh, sebab bagaimana nak bangun subuh, kalau pukul 3 atau 4 baru nak tidur?

Oleh itu, katanya, lebih baik dia tinggal di negara orang putih ini saja. Tak payah risau dan susah hati, tidak pening kepala dan tak perlu fikir yang bukan-bukan, seperti yang dialaminya di Malaysia ketika anaknya keluar malam dan tidak pulang-pulang hingga dinihari. Dia sendiri tidak dapat tidur malam, dan bukan hanya tidak dapat tidur, malah fikirannya juga menjadi runsing dan buntu, mana nak fikirkan hal tesisnya yang belum selesai, ditambah pula dengan perilaku anaknya yang melampau itu. Kalau tidak dibenarkan anaknya keluar di negara sendiri, nampak macam tidak adil pula, tambahan pula dia balik bercuti sekali-sekala sahaja, bukan selalu, dan peluang anaknya berjumpa kawan-kawannya pula hanyalah semasa balik cuti itu.

Saya hanya mendengar saja ceritanya itu, kerana saya ke sana bukanlah sebagai pakar runding cara, atau pakar motivasi. Tetapi terlintas juga di kepala saya, takkanlah pula kita yang berada di negara sendiri, beramal, beragama dan berbudaya serta berbudi bahasa, akan lari ke negara Barat yang pesimis, negara orang tidak beragama dan tidak beriman, malah negara yang sentiasa kita anggap jahat itu?

Sehingga saya selesai menulis catatan ini, saya masih tidak tahu, bagaimanakah keadaan yang kusut ini hendak kita rungkaikan. Bagaimanakah kecelaruan perasaan hati kecil seperti hati kecil ibu yang prihatin ini dapat kita tolong redakan. Dia berkata juga bahawa dia takut sekiranya pengalaman dan kerisauan ini berterusan, mungkin satu hari dia akan mendarat di dalam klinik psikiatri kerana mengalami penyakit kemurungan dan tekanan jiwa yang hebat!

Namun kalau dia hendak terus tinggal di UK pula, dia tidak akan dibenarkan berbuat demikian, kerana dia sedang memakan wang universiti yang menyara dan membelanjakannya untuk mendapatkan ijazah tinggi itu, ertinya mahu tidak mahu, dia mestilah pulang ke negara sendiri.

Oleh itu persoalan yang ditimbulkannya, apa mungkinkah bila dia pulang nanti keadaan di sekelilingnya, khususnya pada waktu malam akan berubah? Mungkinkah cara hidup dan budaya kehidupan malam di negara sendiri yang kelihatan tidak terkawal itu akan mempunyai disiplin dan batas-batas tertentu yang tidak memberikan ruang kebebasan yang begitu banyak kepada generasi muda untuk mengubah sunah Allah dalam memanfaatkan siang dan malamnya?

Saya berfikir, sekiranya pun hendak diadakan perubahan yang radikal, maka siapakah pula yang akan mengadakan perubahan itu? Jabatan agama? Kerjanya sebagai ``polis moral'' tidak diperlukan lagi oleh banyak kalangan. Akta moral? Akta itu telah didesak supaya dimansuhkan. Ibu bapa? Ibu bapa pun, ada yang suka kehidupan dan gaya hidup anak mudanya seperti itu. Jadi siapa? Hanya Allah sahaja yang lebih mengetahui, wallahualam bissawab.


Friday, May 13, 2005

Selamat Datang Ke Blog Untuk Para Ong Onk Ong Hi Tea

Selamat Datang semua ke Laman Blog ni...sajer nak test...maybe boleh ler kite bertukar-tukar fikiran dalam laman blog ni.

Sebenarnya ada banyak nak taip....ni sambil taip...sambil ajar boss kite tu yang kucinta**....siapa lagi kalau tak Abang Duwe (oghe kelate kato).

Tak apa la lain kali sajer ler saya taip.....mane ler tau nak mengata ke nak puji ke.....sila baca kat sini yea....Cukup kut untuk posting yang pertama....lagipun hari ni Hari Jumaat penghulu segala hari....Nak gi solat jumaat kat Masjid Bukit Aman (sekarang 12.26PM)

Sekian.

This page is powered by Blogger. Isn't yours?