Friday, August 19, 2005
Universiti Harvard terbaik di dunia
LONDON: Universiti Harvard, Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai pusat pengajian tinggi terbaik dunia, disusuli Universiti Cambridge yang meningkat satu anak tangga di tempat kedua.
Daripada senarai 10 universiti terbaik dunia, lapan daripadanya dimonopoli AS dan dua dari Britain, lapor stesen Sky News semalam.
Universiti Oxford, antara institusi disegani di Britain dan dunia, bagaimanapun jatuh dua anak tangga ke kedudukan ke-10.
Institusi Jiao Tong, di Shanghai, China, mendahului kategori pendidikan tinggi bagi pelbagai kriteria termasuk kecemerlangan penyelidikan dan akademiknya.
Berikutan kelebihan pusat pengajian tinggi AS menerima lebih banyak dana berbanding lainnya di seluruh dunia, terbukti membantu penguasaan mereka yang berterusan.
Universiti Stanford, bagaimanapun jatuh satu anak tangga di tempat ketiga, yang disusuli Universiti of California at Berkeley (keempat) dan Massachusetts Institute di tempat kelima.
Universiti Britain yang menduduki senarai 100 terbaik di dunia termasuk Imperial College,
University College, Edinburgh, Manchester, Bristol, Sheffield, King's College, Nottingham dan Birmingham.
Faktor lain yang diambil kira termasuk bilangan alumni atau graduan yang memenangi anugerah Nobel, jumlah rencana yang disiarkan jurnal Science and Nature serta penyelidikan yang diketengahkan.
Tahun ini misalnya, pemilihan itu turut menitik beratkan aspek sastera dan kemanusiaan berbanding sebelumnya. Agensi
FAKTA
- Universiti Harvard
- Universiti Cambridge
- Universiti Stanford
- Universiti California at Berkeley
- Massachusetts Intitute of Technology
- California Institute of Technology
- Colombia University
- Princeton University
- University of Chicago
- Universiti Oxford
Petikan: Berita Harian 19 Ogos 2005
Tuesday, August 16, 2005
"Hepi Bedday Boss Besau"
Friday, August 12, 2005
Jerebu

Hotline:
Garis Panduan: Tindakan Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negeri hadapi Darurat Jerebu
..ii) Klinik, farmasi dan kedai ubat; dan
..iii) Perkhidmatan perlu.
Friday, August 05, 2005
55 Petua Seronok Bekerja
Dipetik dari buku :
Dato Dr Mohd Fadzilah Kamsah & Ahmad Fadzli Yusof, (2005), 55 Petua Seronok Bekerja, PTS Millennia Sdn Bhd. Kuala Lumpur.
Bahagian 1: JADILAH SEORANG YANG SERONOK
kami merasakan rasa seronok dan ketawa membina rasa komuniti yang kuat. Ia juga menyeimbangkan antara tekanan kerja kuat dan juga tekanan persaingan yang ada di tempat kerja:- elizabeth pedrick sartain-
Petua 1: Ketawa pengikat kemesraan bersama
Petua 2: Ketawalah, kita akan relaks
Petua 3: Apabila kita seronok, kita menyeronokkan orang lain.
Petua 4: Relaks, Jangan terlalu serius!
Petua 5: Ringankan tangan kita: pasti ia berbaloi.
Bahagian 2: MUDAH TETAPI SERONOK
Petua 6: Bantulah orang lain kita pasti seronok
Petua 7: Amalkan sentuhan keinsanan
Petua 8: Makan Bersama, Seronok bersama
Petua 9: Main permainan zaman kanak-kanak
Petua 10: Letakkan benda asing di pejabat kita
Petua 11: Buat perkara yang tidak diduga
Petua 12: Dapatkan kedamaian, lakukan sesuatu
Petua 13: Dengarkan loceng tanpa minda
Bahagian 3: SERONOK SEBAGAI MOTIVASI
Sentiasa berfikiran positif. Pandanglah sekeliling kita dengan pandangan yang positif. Bersangka baik dengan apa yang tuhan tetapkan, kerana ia adalah salah satu penyejuk jiwa
Petua 14: Jadikan seronok sebagai ganjaran
Petua 15: Cuti mengejut bagi prestasi yang memberansangkan
Petua 16: Bonus-berikan secara kreatif
Petua 17: Galakkan orang lain memberi ganjaran
Petua 18: Tidak seronok? Tingkatkan motivasi kita
Bahagian 4: KOMUNIKASI SERONOK DIMANA-MANA
Mesej yang sukar boleh bertukar menjadi sesuatu yang menyeronokkan apabila kita pandai mengkelakarkan mesej-mesej tersebut. Berkomunikasi secara seronok dan tidak menekan akan mendorong hasil yang di luar jangka bill ryan
Petua 19: Komunikasi yang seronok!!!
Petua 20: Luahkan penghargaan kita
Petua 21: Hiasi wajah dengan senyuman
Petua 22: Kelakarkan mesej yang sukar
Bahagian 5: RANCANG SESUATU YANG SERONOK
Perangsang yang kreatif dan atmosfera kerja yang menyeronokkan dapat meningkatkan tenaga seseorang individu. Ia juga meningkatkan kepuasan kerja. Orang yang mempunyai keseronokkan kerja biasanya bekerja dengan lebih keras dan mencapai hasil yang lebih baik. -lewis
Petua 23: Kerja betul-betul, main betul-betul
Petua 24: Anjurkan pertandingan Ketawa
Petua 25: Gores dan Menang
Petua 26: Rancang percutian yang menyeronokkan
Petua 27: Jadikan pejabat umpama syurga
Bahagian 6: SAYA SUKA MESYUARAT
Petua 28: Mesyuarat: Kenapa perlu bosan?
Petua 29: Mesyuarat yang gamat: kenapa tidak?
Petua 30: Berseronok memberikan pendapat
Petua 31: Carilah Kata sepakat bersama
Petua 32: Gunakan enam topi yang sebenar
Petua 33: Lagi Idea seronok mesyuarat
Bahagian 7: MAJIKAN YANG SERONOK
Petua 34: Jangan drastik: Buat perubahan perlahan-lahan
Petua 35: Pilih pekerja yang menyeronokkan
Petua 36: Wajibkan akujanji ceria
Petua 37: Adakan sambutan pekerja baru
Petua 38: Berikan kebebasan bersuara!
Petua 39: Kemudikan bahtera bersama-sama
Petua 40: Adakan hari kasual
Bahagian 8: PERMAINAN YANG MENYERONOKKAN
Ketika usia kanak-kanak, ada banyak jenis permainan yang menarik. Laga buah getah, lompat getah, batu seremban, gasing, laga guli, dan banyak lagi. Apa yang menghairankan adalah, walaupun permainan itu tidaklah sehebat mana, tetapi kanak-kanak bermain dengan penuh perasaan dan keghairahan.
Petua 41: Jadikan kerja satu permainan!
Petua 42: Guli siapa paling banyak?
Petua 43: Buat kotak permainan pejabat
Petua 44: Letakkan tanda rehat di atas meja
Petua 45: Ulang tahun hari lahir yang menyeronokkan
Petua 46: Mari menjadi juara
Petua 47: Formula satu sudah bermula
Petua 48: Adakan kuiz minda
Petua 49: Menyunting bintang di langit
Petua 50: Hari tema bulanan
Petua 51: Korbankan lembu itu
Bahagian 9: HATI DAMAI YANG SERONOK
Bagaimana hendak mendapatkan rahmat dan kasih sayang TUHAN di tempat kerja? Hanya TUHAN yang menentukan segalanya. TUHAN yang berkuasa dan berkehendak memberikan kepada sesiapa yang dia inginkan. Tetapi kita boleh berusaha dan meminta dariNYA.
Petua 52: Carilah rahmat di pejabat
Petua 53: Ingat MATI! Kita akan berkualiti
Petua 54: Ukhwah untuk pasukan yang gagah
Petua 55: Belailah jiwa dengan tazkirah
Untuk lanjutan: lihat buku tersebut atau portal http://resipikejayaan.com
SELAMAT BERKERJA DENGAN PENUH KECERIAAN ^_^